KELEBIHAN SURAH AL-
MULK
Surah Al Mulk adalah surah
keamanan dan keselamatan,
kerana ia menyelamatkan
pembaca-pembacanya dari
siksa kubur. Sejarah telah
membuktikan seperti yang
berlaku di zaman Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi Wasallam.
Ibnu Abbas
menceritakan:"Pernah suatu
ketika setengah para
sahabat berkhemah di atas
kubur. Mereka sebenarnya
tidak menyangka tempat itu
adalah kubur. Setelah
beberapa ketika berada di
dalam khemah, mereka tiba-
tiba terdengar suara orang
membaca Surah Al Mulk dari
mula hinggalah akhirnya.
Suara itu datangnya dari
dalam tanah. Tahulah
mereka, sebenarnya mereka
sedang berkhemah di atas
kubur. Kemudian hal itu
diadukan kepada Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi Wasallam
lalu baginda bersabda yang
bermaksud: "Surah Al Mulk
adalah surah pelepasan
kerana ia menghindar
pembacanya dari azab
neraka."Meskipun begitu,
Surah Al Mulk juga
mempunyai kelebihan-
kelebihan yang lain. Di sini
penulis bentangkan
sebahagian daripadanya
sahaja. Diantaranya:1. Abu
Hurairah meriwayatkan
hadis, katanya yang
bermaksud: "Sesungguhnya
di dalam Al-Quran itu, ada
satu surah yang
mengandungi 30 ayat, ia
mensyafaat bagi lelaki yang
membacanya. Maka selagi
mana lelaki itu membacanya,
selagi itu pula ia meminta
ampun unutuknya. Surah itu
ialah surah Al Mulk."2.
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi
Wasallam bersabda yang
bermaksud: "Surah Al Mulk
itu memelihara dan
menghindarkan pembacanya
dari azab kubur."3.
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi
Wasallam bersabda yang
bermaksud: "Aku sungguh
gembira, sekiranya orang
mukmin sentiasa membaca
surah Al Mulk sehingga
seolah-olah surah itu tertulis
di dalam hatinya."4.
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi
Wasallam bersabda yang
bermaksud: "Barangsiapa
membaca surah Al Mulk
setiap malam,
diselamatkannya dari azab
kubur."5. Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi Wasallam
bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa membaca surah Al
Mulk pada mana-mana malam,
nescaya datang ke dalam
kuburnya surah itu sebagai
pengganti untuk bersoal
jawab dengan Munkar
Nakir.6. Rasulullah Shallallahu
'Alaihi Wasallam bersabda
yang bermaksud:
"Sesungguhnya di dalam Al-
Quran ada satu surah yang
terkandung 30 ayat. Surah
itu ialah surah Al Mulk. Ia
akan datang kepada
pembacanya untuk membantu
bersoal jawab dalam kubur
sehinggalah mereka selamat
masuk ke dalam Syurga."7.
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi
Wasallam bersabda yang
bermaksud: "Sebahagian
surah-surah yang terdapat
di dalam Al-Quran ada satu
surah yang mengandungi 30
ayat. Surah itu surah Al Mulk.
Ia memberi syafaat kepada
orang yang membacanya
dengan mengeluarkannya
dari Neraka dan
memasukkannya ke dalam
Syurga."8. Ulama berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi Wasallam
tidak akan beradu melainkan
setelah membaca surah As
Sajadah dan surah Al
Mulk."9. Ulama berkata:
"Sesungguhnya surah Al
Mulk itu melepaskan
pengamal-pengamalnya dari
kena azab. Ia akan bersoal
jawab pada hari kiamat di
hadapan tuhan kerana
menuntut kelepasan mereka
yang mengamalkannya dari
azab api Neraka."10.
Saiyidina 'Ali berkata:
"Barangsiapa mengamalkan
surah Al Mulk, nescaya
dibawa ia pada hari kiamat di
atas sayap malaikat serta
wajahnya yang cantik seperti
nabi Yusuf."11. Ulama
berkata: "Sesungguhnya
surah Yasin dan surah Al
Mulk terkandung di dalamnya
beberapa rahsia dan
kelebihan. Barangsiapa
mengamalkannya nescaya ia
mendapat rahsia-rahsia dan
kelebihan-kelebihan itu serta
dikasihi oleh semua manusia
dan juga menjadi hebat pada
pandangan makhluk."12.
Saiyidina 'Abdullah bin Abbas
berkata: "Barangsiapa
membaca surah Al Mulk
sehingga menjadi amalan
wiridnya, nescaya ia
mendapat bantuan dan
pertolongan dari Allah
Subhanahu wa Ta'ala di
dalam kuburnya. Bila azab
hendak datang ke pihak
kepala, terdengar satu
seruan: "Tidak boleh engkau
datang ke pihak kepala ini
kerana ada surah Al
Mulk."Begitulah keadaanya
bila azab itu pergi ke pihak
kaki dan perutnya. Kerana
semuanya mengandungi
surah Al Mulk."
Home » KHASIAT AYAT AL'QURAN » KELEBIHAN SURAH AL-MULK
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar