"A'uu dzubillaa himinasy
syaithaa
nirrajiim...Bismillaahirrahmaanirrahiim"
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan
Allah daripada syaitan
yang direjam, Allah yang
Maha
Pemurah lagi Maha
Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum
anda memulakan apa-apa
saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah
iblis dan syaitan yang
berada didalam tubuh kita
dan juga di sekeliling kita,
mereka akan berlari keluar
umpama cacing
kepanasan.Sebelum anda
masuk rumah, bacalah
ayat di atas,kemudian
bacalah surah Al-Ikhlas
(iaitu ayat: Qulhuwallahu
ahad. Allah hush shamad.
Lamyalid walam yuu-lad.
walam yakul lahuu
kufuwan ahad.) sebanyak
3 kali.
Masuklah rumah dengan
kaki kanan dan dengan
membaca bismillah.
Berilah salam kepada
anggota rumah dan
sekiranya tiada orang di
rumah berilah salam
karena malaikat rumah
akan menjawab.
Dirikanlah sholat karena
salam pertama (itu wajib)
yang diucapkan pada
akhir sholat akan
membantu kita menjawab
persoalan kubur. Apabila
malaikat memberi salam,
seorang yang jarang
sholat akan sukar
menjawab salam
tersebut. Tetapi bagi
mereka yang kerap sholat,
amalan daripada salam
yang diucap di akhir
sholat akan menolongnya
menjawab salam malaikat
itu.
Diriwayatkan oleh Iman
Bukhari sabda Nabi
Muhammad Shallallahu
'Alaihi Wasallam:
"Barang siapa membaca
Qul huwallahu ahad
100,000 kali maka
sesungguhnya ia telah
menebus dirinya dari
Allah, maka menyeru
yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi.
Kusaksikan bahawa si
fulan itu telah menjadi
pemerdekaan Allah
sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari sisi
Allah, Sesungguhnya ia
adalah pemerdekaan dari
neraka". Inilah yang
dinamakan membaca
Qulhuwallahu ahad satu
hatam yaitu 100,000 kali
dengan diwiridkan
seberapa ribu
kesanggupan kita sehari.
Sabda Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi
Wasallam yang
bermaksud:
Barangsiapa membaca
surah Al-Ikhlas sewaktu
sakit sehingga dia
meninggal dunia, maka
dia tidak akan membusuk
di dalam kuburnya, akan
selamat dia dari
kesempitan kuburnya dan
para malaikat akan
membawanya dengan
sayap mereka melintasi
titian siratul mustaqim lalu
menuju ke syurga.
(Demikian
diterangkan dalam
Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah Shallallahu
'Alaihi Wasallam pernah
bertanya sebuah teka-teki
kepada umatnya.
Siapakah antara kamu
yang dapat khatam
Qur'an dalam jangkamasa
dua-tiga minit? Tiada
seorang dari sahabatnya
yang menjawab. Malah
Saiyidina Ummar telah
mengatakan bahawa
ianya mustahil untuk
mengatam Qur'an dalam
begitu cepat.
Kemudiannya Sayyidina
Ali mengangkat
tangannya. Saiyidina
Ummar bersuara kepada
Saiyidina Ali bahawa
Saiyidina Ali (yang sedang
kecil pada waktu itu) tidak
tahu apa yang
dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali
membaca surah Al-Ikhlas
tiga kali. Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi
Wasallam menjawab
dengan mengatakan
bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas
sekali ganjarannya sama
dengan membaca 10 jus
kitab Al-Quran. Lalu
dengan membaca surah
Al-Ikhlas sebanyak tiga kali
qatamlah Quran karena itu
sama dengan membaca
30 juz Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a.
bahawa Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi
Wasallam telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi
Wasallam) israk ke langit,
maka saya telah melihat
'Arasy
di atas 360,000 sendi dan
jarak jauh antara satu
sendi ke satu sendi ialah
300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap sendi itu
terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan
luasnya setiap satu
padang sahara itu seluas
dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara
itu terdapat 80,000
malaikat yang mana
kesemuanya membaca
surah Al-Ikhlas. Setelah
mereka selesai membaca
surah tersebut maka
berkata mereka: Wahai
Tuhan
kami,sesungguhnya
pahala dari bacaan kami
ini kami berikan kepada
orang yang membaca
surah Al-Ikhlas
baik ianya lelaki mahupun
perempuan.
Sabda Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi
Wasallam lagi:
Demi Allah yang jiwaku
ditanganNya,
sesungguhnya Qul
Huwallahu Ahad itu
tertulis di sayap malaikat
Jibrail a.s, Allahhus Somad
itu tertulis di sayap
malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad
tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam
yakullahuu kufuwan ahad
tertulis pada sayap
malaikat Israfil a.s. Siapa
membaca surah Fatihah,
al-ikhlas, al-falaq, and an-
annas setiap satu
sebanyak 7 kali selepas
solat jumaat, nescaya
terpelihara dari perkara
keji dan segala bala
hinggalah ke jumaat yang
berikiutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-
ikhlas, al-falaq and an-nas
pagi dan petang nescaya
tidak mengalami apa-apa
kesusahan.
Catatan:
Jika sekiranya kawan-
kawan ingin mengumpul
saham akhirat,
sampaikanlah ilmu ini
kepada kawan-kawan
yang lain. Sebagaimana
sabda Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi
Wasallam 'Sampaikanlah
pesanku walaupun satu
ayat. Sesungguhnya
apabila matinya seseorang
anak Adam itu, hanya 3
perkara yang akan
dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang
soleh
3) Ilmu yang bermanfaat
yang disampaikannya
kepada orang lain.
Home » KHASIAT AYAT AL'QURAN » KHASIAT SURAT AL'IKLAS
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar